Kepentingan Multimedia Dalam Pendidikan Masa Kini

Kehadiran multimedia dalam pendidikan dapat menangani setiap kehendak pelajar yang datangnya daripada pelbagai latar belakang, kecerdasan, keperluan dan cara belajar.
Pelajar menguasai pembelajaran mereka sendiri mengikut kaedah pembelajaran yang mereka gemari. Apabila para pelajar berpeluang untuk terlibat dalam aktiviti pembelajaran mereka secara aktif, mereka mendapati proses pembelajaran itu lebih menyeronokkan serta memberi kepuasan berbanding proses pembelajaran yang dilalui secara pasif. (Fry & Coe, 1980)